Friday, August 28, 2015

Homeschool for my son & daughter..

Lamanya tak update blog...hari ini baru nak ada mood update blog. Tu pun selepas Aidil menang pertandingan bijak bahasa baru-baru ni. Nanti tengok entry sebelum ni, pasal pertandingan tu..hehe..:)

Hampir setahun berpindah ke rumah baru, baru kali ni dapat buat bilik homeschool. Alhamdulillah...excitednya..budak-budak ni pun suka sangat-sangat. Aina selalu jenguk bilik ni..:) 

Cantik kan ABC owl tu..comel sangat..sila lah download theme owl ni kat link di bawah....best sangat tau..print dan lekatkan je kat dinding...




Thursday, August 27, 2015

Program Kecemerlangan Prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia

2 minggu sebelum pertandingan cikgu Aidil dah bagi latihan tapi Aidil asyik demam ja..dapat buat sikit-sikit je...cikgu bagitau Aidil seorang je murid lelaki wakil dari sekolah dia. Lagi 3 orang tu perempuan. Dahsyat juga Aidil ni ye...budak lelaki lain tak dapat masuk pula...haha..:P

Alhamdulillah, Aidil dan kawan-kawan dapat naib juara dalam pertandingan tersebut. Pertandingan itu ada 2 peringkat. Peringkat pertama bina perkataan dari huruf-huruf yang diberikan. Kalau dapat buat lebih, dapat masuk peringkat seterusnya iaitu susun perkataan menjadi ayat yang betul.

Abah Aidil siap belanja Aidil KFC tau. Sukanya dia...hehe...:) 

Keesokkan harinya cikgu bagitau lagi, mereka dapat masuk peringkat negeri. Wah!! Bestnya....kena buat latihan lagi lah ni...Aidil pun lagi bersemangat lah nak pergi sekolah...hehe..:)