Sunday, May 31, 2015

Wood sticks and maths activities

Ni lah diantara aktiviti yang aidil buat...baru 3 hari cuti sekolah...jenuh la mak nak cari idea...nanti try idea lain plak..haha..:P

Thursday, May 28, 2015

Monday, May 18, 2015

Watercolor activity for kids

Aktiviti ini lah yang paling budak-budak ni suka. bila dah buat sekali, esoknya minta buat lagi...haha...:) Sampai abis watercolor tu...





Animal Mask

Aktiviti bersama kawan-kawan Aidil. Terlebih rajin gi cari template animal mask untuk budak-budak ni. Yang sorang nak Lion Mask, sorang nak Rabbit Mask. Aidil plak nak Panda Mask.



Meh download Animal Mask kat sini....:)






Saturday, May 16, 2015

Saya suka buat homework

Aidil mula suka buat homework ketika berumur 3 tahun setengah. Ketika itu, mak dia ni busy dengan research master. Untuk membuatkan Aidil agar tidak bosan, mak dia ni pun buat research untuk dia sekali. Dalam bahasa yang elok skit, buat research tentang " Early childhood education". Bila grad nanti, dapat dua2 bidang...cuma 1 formal, 1 lagi tak formal....tak pa, janji kita hepi..:) 

Worksheet pertama yang Aidil buat. Dia suka sangat-sangat sampai habis kertas A4 mak dia sapu.
Style aidil buat homework

Sat kat bawah, sat atas meja...suka hati kamu lah wahai anak ku sayang. :)

Lagi aktiviti menarik untuk anak berumur 6-18 bulan

Ada beberapa aktiviti yang sangat menarik untuk si manja.

1. Belon berisi

Sediakan belon yang belum ditiup & isikan dengan pelbagai bahan seperti berikut :-
- pasir
- air
- kacang hijau
- beras
- playdoh

Pastikan belon itu diikat dengan betul-betul ketat. Galakkan anak anda untuk memicit belon berkenaan. Banyak tekstur yang berbeza akan menarik minat mereka! Ini bagus untuk ketangkasan manual bayi anda. Tetapi jangan biarkan mereka memasukkannya ke dalam mulut mereka !

2. Gelang beriben

Sediakan gelang serta riben berwarna-warni. 

Ikatkan riben pada gelang berkenaan tetapi jangan terlalu panjang. Goyangkan gelang beriben tersebut di atas kepala bayi supaya bayi cuba untuk mencapai riben itu. Aktiviti ini menyeronokkan kerana bayi biasanya akan berminat dengan benda-benda yang bewarna warni & terang serta bergerak-gerak. Ini mengajar mereka ketangkasan mengambil sesuatu benda ketika mereka cuba merebut riben berkenaan.

3. Botol deria (Sensory/Discovery Bottle)

Sediakan botol air mineral atau bekas air lutsinar, air dan manik-manik yang bewarna-warni. 




Masukkan manik-manik yang bewarna warni itu ke dalam botol yang berisi air. Tutupkan dengan kejap. Biarkan anak anda membelek botol deria berkenaan. Ini dapat melatih deria penglihatan mereka untuk fokus kepada benda-benda yang bergerak di dalam botol berkenaan.

Friday, May 15, 2015

Jenis-jenis permainan bayi usia 8 bulan - 12 bulan

Terdapat pelbagai jenis mainan dan aktiviti yang kita boleh buat untuk si manja berumur 8 bulan sehingga 12 bulan. Mari kita tengok apakah aktiviti yang sesuai untuk mereka.

1. Menerokai Kotak (8 bulan- 12 bulan)
Dengan menggunakan kotak terpakai, kita boleh mewujudkan aktiviti yang menyeronokkan untuk si manja. Aktiviti ini dapat :-
  • Membantu mengembangkan konsep ruang (special) bagi bayi, “dalam”, “luar” “di bawah”, “di atas”
  • Mendorong perkembangan motor bayi
  • Membantu koordinasi mata dengan tangan
  • Menambah pembendaharaan kosa kata bayi

2. Aktiviti Peek-a-boo (8 bulan - 12 bulan)

Aktiviti ini yang paling disukai anak-anak 8 bulan ke atas. Aina sangat suka bermain ooo...chakk ngan abg aidil.
  • Memberi impak positif bagi perkembangan emosi bayi
  • Memahami konsep hilang-timbul, sebab-akibat
  • Menstimulasi koordinasi mata-tangan-kaki.

3. Bermain ketika mandi (9 bulan ke atas)

Cuba letakkan huruf-huruf ABC span atau aneka permainan berbentuk binatang seperti itik, ikan dan sebagainya di dalam tab mandi anak. Ini bertujuan untuk :-
  • Mengasah kepekaan pancaindera bayi
  • Membantu bereksplorasi dengan mainan aneka bentuk dan warna
  • Menambah pembendaharaan kosa kata bayi
  • Membantu mengembangkan konsep ruang
  • Memberikan pemahaman awal mengenai sifat benda
  • Menstimulasi koordinasi mata-tangan dan motor halus bayi.

4. Mari Membaca Buku (8 bulan - 12 bulan)

Galakkan anak anda untuk membaca. Tunjuk dan bacakan buku untuk si manja. Ia penting untuk :-
  • Membantu mengembangkan kemampuan berbahasa bayi
  • Membantu keinginan dalam mengeksplorasi suatu benda

5. Mengisi & Mengosongkan (8 bulan - 12 bulan)


Pilih mainan yang bewarna warni dan pelbagai bentuk. Mengajar mereka untuk memasukkan dan mengeluarkan mainan tersebut serta menyusunnya. Aktiviti ini dapat :-
  • Merangsang pancaindera bayi
  • Menstimulasi keterampilan motor halus, koordinasi mata-tangan.
  • Mengasah pemahaman mengenai suatu benda

6. Menyusun Gelang Warna-warni (9 – 12 bulan)



  • Mendorong keterampilan memasukkan benda
  • Menstimulasi motor halus bayi
  • Mengasah kemampuan koordinasi mata-tangan
  • Membezakan warna serta bentuk
  • Mengasah kemampuan menyelesaikan masalah
  • Mengajarkan konsep ukuran dan urutan

7. Hello..Hello..hello. (11 – 12 bulan)


  • Memberikan kesempatan untuk bereksplorasi bagi bayi
  • Mengasah kemampuan berbicara dan berbahasa
  • Membantu mengembangkan imaginasi

8. Main Bola (Bayi 9 – 12 bulan)

  • Menguatkan otot-otot kaki bayi
  • Merangsang perkembangan koordinasi mata-kaki, mata-tangan, dan motorik kasar
  • Belajar memfokuskan indera penglihatan, memperkirakan jarak
  • Mengembangkan pemahaman konsep ruang
  • Mengasah kecerdasan interpersonal

9. Belajar Mengendali Kereta mainan (9 bulan keatas)


  • Membantu stimulasi koordinasi mata-tangan-kaki
  • Melatih keseimbangan tubuh, motor kasar dan otot-otot tubuh bagian bawah
  • Mengasah keterampilan mengendalikan suatu benda

10. Mendorong “Kereta” (11 – 12 bulan)


  • Mengasah kemampuan berjalan tanpa bantuan orang lain
  • Menguatkan otot-otot tangan dan kaki
  • Mengembangkan kemampuan motorik kasar
  • Mengembangkan keseimbangan tubuh
  • Mengendalikan tenaga otot tubuh bagian bawah

11. Mainan yang mengeluarkan bunyi. (8-12 bulan)
Mainan seperti piano, xylofon, gitar dan sebagainya boleh menarik minat si manja kerana tertarik dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan. Jika ingin menjimatkan lagi gunakan peralatan di dalam dapur anda seperti tupperware, bekas plastik, senduk kayu supaya mereka boleh mengetuk untuk menghasilkan bunyi-bunyian.

Jom buat biri-biri dengan kapas

Mari kita tengok aktiviti membuat biri-biri menggunakan bebola kapas.

Bahan:
1. Sebungkus bebola kapas
2. Gam
3. Template biri-biri ( ada disediakan diakhir post ini)






Khusyuk betul Aidil gam kapas tu
Macam nak jadi dah biri-biri Aidil
Yeay!!! dah siap biri-biri kapas Aidil...:)




Nah! Template biri-biri....boleh lah mencubanya...:)

Aktiviti yang menarik tetapi jimat..

Jom susun block...sebenarnya bukan saja saja ja nak ajak main susun block ni...mesti la ada sebabnya kan? Sebabnya ialah untuk mengajar anak-anak mengimbangi block yang dia susun tu. 


Budak lelaki dengan kereta tak dapat dipisahkan. dah memang mainan mereka kan? kat bawah ni, salah satu dari cara yang menarik untuk bermain kereta mainan. kalau buat jalan tu dengan tape lagi kemas kot. Nak cepat punya pasal, lukis je dengan maker pen..haha...pastu suka hati lah nak lukis apa pun...shopping mall ke, sekolah ke..ikut kreativiti anak-anak.



Buat trek kereta mainan mengunakan kotak terpakai...janji mereka happy..:)

Aina pun nak susun kereta juga..

Abis runtuh trek kereta Abang Aidil









Back to nature

Balik kampung pun kita bleh buat aktiviti. jom tengok, aktiviti apa yang Aidil buat.

Untuk mengasah daya kreativiti anak-anak, kita boleh menggunakan pelbagai bahan yang ada disekeliling kita. Cuba ajak anak-anak pergi mencari pelbagai jenis bahan seperti kayu, daun, bunga.
Cam best kan...ajak anak-anak roda keliling kampung cari bahan. Mesti mereka suka..hehe..:)

Aidil buat matahari menggunakan bunga tahi ayam...:)



yang daun hijau tu sebagai bukit...kreatif tak??

Aidil ni kalau balik kampung pun, mesti bawa buku latihan. kat bawah ni, dia tengah buat latihan bahasa inggeris. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, bestnya buat latihan kat kampung..:)