Tuesday, May 12, 2015

Kelebihan homeschool yang ibubapa tak tahu

Aktiviti homeschool haruslah dilakukan secara santai tanpa paksaan. Cuba adakan aktiviti yang boleh menarik perhatian anak-anak seperti bereksperimen, muzikal, melukis dan sebagainya.
Di antara kelebihan homeschool adalah seperti yang berikut:-
1. Ibubapa dapa mengawal apa yang dipelajari oleh anak-anak.
2. Ibubapa boleh menunjukkan cara pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan tetapi usah secara tegas. Buat secara santai.
3. Dapat membina perhubungan yang sangat baik antara ibubapa dan anak-anak.
4. Ibubapa dapat memberi tumpuan pada anak-anak sepenuhnya.
5. Cuba galakkan anak anda bertanya supaya otaknya sentiasa berhubung antara satu sama lain. Seterusnya, membuatkan otak lebih banyak berfikir dan berkembang.
6. Dapat menghalang anak-anak dari perkara-perkara negatif.
7. Dapat melihat perkembangan anak-anak secara langsung.
8. Dapat berkongsi masalah dan kegembiraan bersama-sama ahli keluarga.

No comments:

Post a Comment