Saturday, May 16, 2015

Lagi aktiviti menarik untuk anak berumur 6-18 bulan

Ada beberapa aktiviti yang sangat menarik untuk si manja.

1. Belon berisi

Sediakan belon yang belum ditiup & isikan dengan pelbagai bahan seperti berikut :-
- pasir
- air
- kacang hijau
- beras
- playdoh

Pastikan belon itu diikat dengan betul-betul ketat. Galakkan anak anda untuk memicit belon berkenaan. Banyak tekstur yang berbeza akan menarik minat mereka! Ini bagus untuk ketangkasan manual bayi anda. Tetapi jangan biarkan mereka memasukkannya ke dalam mulut mereka !

2. Gelang beriben

Sediakan gelang serta riben berwarna-warni. 

Ikatkan riben pada gelang berkenaan tetapi jangan terlalu panjang. Goyangkan gelang beriben tersebut di atas kepala bayi supaya bayi cuba untuk mencapai riben itu. Aktiviti ini menyeronokkan kerana bayi biasanya akan berminat dengan benda-benda yang bewarna warni & terang serta bergerak-gerak. Ini mengajar mereka ketangkasan mengambil sesuatu benda ketika mereka cuba merebut riben berkenaan.

3. Botol deria (Sensory/Discovery Bottle)

Sediakan botol air mineral atau bekas air lutsinar, air dan manik-manik yang bewarna-warni. 




Masukkan manik-manik yang bewarna warni itu ke dalam botol yang berisi air. Tutupkan dengan kejap. Biarkan anak anda membelek botol deria berkenaan. Ini dapat melatih deria penglihatan mereka untuk fokus kepada benda-benda yang bergerak di dalam botol berkenaan.

No comments:

Post a Comment