ok lah...tujuan utama blog ni adalah untuk berkongsi pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak. Yang pastinya, apabila seseorang itu bergelar ibu atau ayah, perasaan untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak sangat diutamakan.
Segalanya bermula apabila lahirnya putera sulung yang comel & hensem ni, Muhammad Aidil Muzaffar bin Abdul Halim pada 5 september 2009 jam 5.09 pagi secara ceasearan. Tengok tu, bulat mata dia...hehe..:)
Muhammad Aidil Muzaffar Bin Abdul Halim
Dari kecil, Aidil ni menunjukkan sikap suka belajar. Mungkin disebabkan persekitaran dia juga kot, sebab mak dia ni sambung belajar ketika Aidil berumur 10 bulan. Maka, setiap hari kami berdua bergelumang dengan buku , aktiviti membaca sambil bermain bersama.
Hensem tak Aidil??..hehe..:P Tempat kesukaan Aidil ialah perpustakaan. gambar ni diambil ketika kami sekeluarga berkunjung ke perpustakaan terbesar di Shah Alam.
Sebenarnya memang banyak aktiviti homeschool yang kami buat tapi akan dimuat turun dalam masa terdekat ni...stay tuned...:)
No comments:
Post a Comment